RAKYAT DIGITAL - PENDIDIKAN & LATIHAN VOKASIONAL DIGITAL

Program Latihan untuk Memperkasakan Tenaga Kerja Malaysia untuk Era Digital.

Rakyat Digital - DVET

Training Programme to Empower Malaysia’s Workforce for the Digital Era

Apakah Rakyat Digital - Pendidikan & Latihan Vokasional Digital

Program Rakyat Digital - Pendidikan & Latihan Vokasional Digital, dijalankan oleh SOLS Foundation dengan kerjasama IBM SkillsBuild serta sokongan daripada Kementerian Digital Malaysia dan MyDIGITAL Corporation, merevolusikan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di Malaysia. Misi kami? Untuk memperkasakan 6,000 pensyarah dan pelajar TVET dengan pengetahuan penting dalam kecerdasan buatan (AI), kecerdasan mesin, dan penggunaan teknologi yang bertanggungjawab.

Sebagai pensyarah TVET, anda memainkan peranan penting dalam membentuk generasi tenaga kerja mahir Malaysia. Dengan menyertai program ini, anda akan mendapat akses kepada kemajuan terkini dalam pendidikan teknologi, memperkasakan diri anda dan pelajar untuk berjaya dalam dunia yang semakin digital.

What is Rakyat Digital - DVET?

The Rakyat Digital - DVET programme, developed by SOLS Foundation in collaboration with IBM and supported by the Ministry of Digital and MyDIGITAL Corporation, revolutionises Technical and Vocational Education and Training (TVET) in Malaysia. Our mission? To empower 6,000 TVET lecturers and students with essential knowledge in artificial intelligence (AI), machine intelligence, and responsible technology use. As an Exco Yang Berhormat, your pivotal role drives Malaysia’s competitive, innovative, and technologically proficient workforce.

Rakan Kongsi Utama

Kementerian Digital &
MyDIGITAL Corporation

Sokongan dalam bentuk sumbangan logistik latihan dan jangkauan kepada rakan-rakan sistemik.

IBM SkillsBuild

Modul program, sokongan latihan jurulatih, dan pensijilan.

SOLS Foundation

Jurulatih bertauliah, sokongan operasi, dan penilaian.

Kenapa Program Ini Penting?

Menutup Jurang Kemahiran

- Kami merapatkan jurang digital dengan memperkasakan pelajar TVET B40 melalui kemahiran terkini.

- Pensyarah memperoleh pengetahuan asas dalam AI dan keselamatan siber, meningkatkan keupayaan pengajaran mereka.

Relevansi Industri

- Pensijilan industri memastikan pensyarah sentiasa up-to-date dan memenuhi KPI Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) mereka.

- Pelajar memperoleh kemahiran asas untuk memasuki tenaga kerja, mempersiapkan mereka menghadapi pasaran pekerjaan.

Pembelajaran Sepanjang Hayat

- Bersedia untuk landskap digital yang berkembang pesat.

- Memupuk perkongsian pengetahuan di dalam kampus.

Modul Yang Akan Diajar?

AI Fundamentals (IBM SkillsBuild)

Selami natural language processing, computer vision, dan machine learning.

Cybersecurity Fundamentals (IBM SkillsBuild)

Terokai ancaman siber, jenis serangan, kejuruteraan sosial, dan strategi pencegahan.

AI untuk Rakyat - AI Aware

Pengenalan kepada konsep dan aplikasi AI.

AI untuk Rakyat - AI Appreciate

 Pemahaman mendalam tentang teknologi AI.

Bagaimanakah Program Ini Dijalankan?

  • Sesi intensif selama satu hari di 10 lokasi terpilih dalam tempoh 3 bulan
  • Terbuka kepada semua pensyarah TVET dengan sasaran 120 peserta bagi setiap lokasi.

Sesi susulan dan modul tambahan melalui Zoom.

Pensyarah TVET berkongsi pengetahuan dan membimbing pelajar TVET untuk mendaftar di IBM SkillsBuild serta memilih laluan pembelajaran.

How do we deliver?

  • Intensive one-day sessions across 10 centralised locations within 3 months.
  • Open to all TVET lecturers with a target of 120 pax for each location.

Follow-up sessions and additional modules via Zoom.

TVET lecturers share the knowledge and guide TVET students to sign up on IBM Skills Build and register for a learning track.

Apakah yang akan diperoleh oleh pensyarah & pelajar TVET?

Pensyarah TVET memperoleh lencana ini selepas berjaya menyelesaikan kursus dalam talian.

Pensyarah TVET akan menerima sijil daripada SOLS Foundation apabila sekurang-kurangnya 5 pelajar TVET mendaftar di IBM SkillsBuild dan memilih laluan pembelajaran.

Pelajar TVET akan menerima sijil daripada SOLS Foundation setelah mendaftar untuk laluan pembelajaran di IBM SkillsBuild.

Sertai Pergerakan DVET, Ambil Tindakan Sekarang!

Program latihan Rakyat Digital - DVET bukan sekadar pendidikan, ia adalah pemangkin kepada perubahan.

Sebarkan Maklumat

Kongsikan program Rakyat Digital - DVET dalam rangkaian anda.

Advokasi

Galakkan rakan-rakan TVET anda untuk turut serta.

Daftar

Pimpin melalui teladan, beri inspirasi kepada pelajar anda untuk merangkul masa depan teknologi.

Jom kita sama-sama bina masyarakat yang inklusif secara digital​!

Dengan Kerjasama :

Disokong Oleh :